Karya ini dihasilkan atas kesedaran bahawa dalam meniti cabaran kehidupan, kritikan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dari pemerhatian umum. Sering kali, kritikan dilihat sebagai busar panah yang menjatuhkan semangat. Namun, matlamat utama penulisan ini adalah untuk mengalih sudut pandang kritikan tersebut; menunjukkan bagaimana teguran, kecaman dan maklum balas negatif yang sering digeruni, namun menyimpan potensi besar menjadi inspirasi yang luar biasa untuk mengubah hidup seseorang dalam membina kejayaan.